SENJA yang merah ini benar-benar membuai perasaan. Antara ingatan dan tangisan yang masih berbekas di dalam hati. Aku pasrah terhadap ketentuan Ilahi….. Memandang jauh sepanjang pantai yang tenang ini, hati masih teringat. Payah sungguh rasanya untuk membuang ingatan tersebut dan teramat payahlah untuk melemparkannya jauh-jauh…..
Kenangan ini aku tujukan khas kepada sahabatku yang aku panggil Milah (name sebenar Hasmila Bt Hashim) yang telah kembali Kerahmatullah pada tanggal 28 April 2011 kerana penyakit xdapat diketahui..sedey... Hari ini ingatanku makin menebal kepadanya kerana kami baru jer jumpe mggu lepas semasa saya membeli belah di satu kedai...Dia yang penuh dengan senyuman nmpak tenang bersama suami yang tersayang...tp senyuman itu hanyalah sementara,dan pertemuan kami itu la yang terakhir,untuk selama-lamanya...
Kawan ku ini baru jer mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak lelaki yang sekarang berusia 3bulan..Saya sebagai kawan begitu sedey dengan pemergiannya secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda-tanda sakit sebelum ni. Semoga keluarga arwah tabah dalam menghadapi dugaaan ini...
Al-fatihah kepada arwah..semoga ditempatkan bersama-sama orang yang beriman....