rama-rama

Wednesday 1 August 2012

Sesungguhnya saya sayang awk cgt2.....

Maafkan saya kerana selama ni saya ingat saya telah membahagiakan awak. membuat awak ketawa dan tersenyum. membuatkan awak gembira. rupa-rupanya kehadiran saya adalah suatu duka. sengsara yang mengundang sehingga menyebabkan hati awak hancur.

Tapi saya nak awak tau...awaklah perkara yang terbaik pernah berlaku dalam hidup saya. terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menyayangi dan disayangi walaupun di pihak awak hanya kedukaan. terima kasih atas perhubungan dan jalinan cinta yang awak hulurkan.


saya sayangkan awak untuk hari ini, semalam, esok dan hari-hari yang seterusnya sampai menutup mata..


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Friday 1 June 2012

Perbezaan Suka, Sayang dan Cinta

Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.

Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"

Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"

Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...

SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata "Sudahlah, jangan menangis."

SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.

CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "

SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan dan menawan."

SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.

CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."

Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu,maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.

Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.

Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,"Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan."

Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.

Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.

Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...

SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan.

SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.

CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.

SUKA adalah hal yang menuntut.

SAYANG adalah hal memberi dan menerima.

CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Cinta Sebenar...

Gadis : Mengapa awak menyukai saya? Mengapa awak cintakan saya?

Jejaka : Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak!

Gadis : Awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak boleh katakan awak sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya.

Jejaka : Betul! Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak!
Gadis : Tak boleh beri bukti! Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya?

Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata...

Jejaka : Baiklah! Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya. Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya bersama awak!

Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi. Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma.

Si Jejaka amat bersedih. Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik..

"Awak! Jika disebabkan suara, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak bersuara? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat bersuara. Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak menunjukkannya? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini.

Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak tersenyum? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai awak.... sekarang bolehkah awak melangkah? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya. Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.. (^^,)v
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Friday 27 April 2012

Ya allah berikan la aku kekuatan... :(


Tuhanku….
ketika hati menangis, hanya kau saja yg tahu

Tuhanku….
Ketika mereka meninggalkan aku sendiri
Ketika dunia tiada simpati, Kau tetap mendengar rintihanku
PadaMu tempatku menagih kasih
Ketenangan kurasa mendekatiMu
Syahdu malam tak terasa sunyi


Tuhanku….
Ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit segala cubaan
Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar arti kematangan
Lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan
Pada mereka yang pernah melupakanku

Tuhanku….
Ketika aku buntu
Kau berikan aku kekuatan, kau tunjukkan aku jalan
Kau tak biarkan aku sendirian

Tuhanku….
Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira
Syukurku melangit pun tak tercapai
Sungguh aku merasa berdosa karena dulu sering lalai
Semoga penyesalanku Kau terima



THANK YOU ALLAH FOR THE BLESSINGS YOU
HAVE GIVEN


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Friday 24 February 2012

Renungan Betapa Berharganya Wanita

RENUNGAN BETAPA BERHARGANYA WANITA


Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan?"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"
Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa?", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Tuesday 10 January 2012

My new assngmnt


1.1 PENDAHULUAN

UTHM adalah satu institusi yang terletak di Parit Raja, Batu Pahat. Pelajar universiti merupakan satu kumpulan remaja yang berada di tahap umur antara 19 tahun keatas. Pada tahap umur ini, mereka biasanya akan melakukan apa sahaja dengan tujuan untuk mencuba atau meneroka sesuatu yang baru. Contohnya merokok. Biasanya, golongan ini sudah mula belajar merokok ketika di bangku sekolah lagi. Terdapat banyak faktor yang mendorong mereka cenderung untuk merokok. Sebenarnya, tembakau yang terdapat dalam rokok itu merupakan sejenis dadah iaitu nikotin. Justeru itu, penghisap rokok dikenali juga sebagai penagih nikotin. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenalpasti bahawa dadah nikotin merupakan bahan utama dalam tembakau yang boleh menyebabkan ketagihan. Dalam daun tembakau, terdapat satu hingga tiga peratus nikotin.

Dari sudut psikologi, masa remaja adalah peringkat usia yang amat kompleks di mana individu baik lelaki atau perempuan mengalami pelbagai jenis masalah seperti perubahan fizikal, perubahan pada emosi, perubahan pada kognitif, tanggapan terhadap diri sendiri (penghargaan diri), mengalami krisis identiti, mengalami konflik autonomi dan ragu-ragu pada memulakan perkara--perkara baru dalam hidup. Mungkin ada sesetengah pihak yang merasakan bahawa merokok ini seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan negatif kepada perokok atau orang lain memandangkan di mana sahaja kita boleh lihat individu yang merokok walaupun sudah jelas terdapat papan tanda larangan merokok di kawasan tersebut. Jika dilihat dalam konteks pelajar, perbuatan merokok ini banyak berkait rapat dengan disiplin, tingkah laku, kesihatan, dan sebagainya. Memandangkan para remaja merupakan generasi pelapis yang akan menggantikan tampuk pimpinan hari ini serta memakmurkan Negara, maka mereka perlulah menghindarkan diri daripada perbuatan negatif bermula dari peringkat awal lagi.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Tidak dapat dinafikan bahawa merokok mengikut pendapat penghisapnya boleh memberi faedah kepada mereka di mana ianya akan memberikan ketenangan kepada perokok dalam tempoh masa tertentu. Selain itu, ia juga boleh menghilangkan rasa mengantuk dan penat baik menyenangkan melakukan sesuatu kerja dan sebagainya. Terdapat juga kesan buruk yang diperoleh perokok seperti ditimpa pelbagai penyakit seperti sakit jantung, kanser paru-paru, barah, serta boleh membazirkan wang ringgit. Sebenarnya perokok-perokok ini bukannya tidak mengetahui kesan buruk yang akan dialami oleh mereka tetapi disebabkan ketagihan serta hanya melihat kepada kebaikannya sahaja maka mereka tidak memikirkan langsung kesan buruk yang akan membahayakan diri mereka serta orang lain.

Jika dilihat kepada kesan daripada tabiat merokok ini, ianya lebih banyak memberi kemudharatan daripada kebaikan. Islam menyuruh umatnya meningggalkan perkara-perkara yang membawa keburukan kepada diri sendiri dan orang lain.

Allah SWT juga melarang hambanya makan atau minum sesuatu yang tidak halal dan tidak memberi manfaat kepada diri. Begitulah juga dengan rokok yang mana ianya boleh mengancam agama Islam itu sendiri, keselamatan, moral, ekonomi dan lain-lain kerana ianya merupakan suatu ciri kesyaitanan yang boleh menjauhkan diri kita daripada Allah SWT dan mengheret kita ke lembah kebinasaan. 

Selain daripada memberikan kesan buruk kepada kesihatan, ia juga boleh meruntuhkan akhlak dan sikap seseorang terutama di kalangan para muda mudi kerana pada usia beginilah mereka mudah terpengaruh dengan amalan merokok. Contohnya, seorang remaja yang terlalu berkehendakkan rokok tetapi tidak di perolehnya, maka dia sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk mendapatkan rokok bagi memuaskan keinginan mereka. Perkara-perkara sebeginilah yang menyebabkan berlakunya pelbagai kes-kes disiplin dan jenayah yang kini berada pada tahap yang membimbangkan seperti mencuri, memeras ugut, ponteng sekolah, melepak, menagih dadah dan sebagainya.

Para remaja dalam konteks pelajar universiti lebih mudah melakukan perbuatan-perbuatan yang salah dan melanggar etika dan peraturan. Hal ini kerana pada usia ini, mereka lebih suka untuk melakukan apa sahaja kerana didorong oleh perasaan ingin tahu, bebas tanpa sebarang halangan dan kongkongan daripada mana-¬mana pihak seperti ibu bapa dan pihak universiti. Pada usia ini juga, mereka mudah terpengaruh dengan amalan-amalan negatif yang tidak sepatutnya dilakukan oleh golongan remaja kerana terikut-ikut dengan trend masa kini dan juga pengaruh rakan sebaya. Seperti kebiasaan orang mengatakan “Apa yang ditegah itulah yang suka dilakukan”. Contohnya, amalan merokok di kalangan remaja di universiti yang telah menjadi trend dan kebiasaan di era globalisasi ini.

Pada masa kini, amalan merokok di kalangan pelajar university begitu membimbangkan. Tidak dinafikan telah banyak usaha yang dilakukan oleh pihak yang terbabit seperti pihak universiti dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) namun ianya masih tetap berlaku. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah menjadikan bangunan dan kawasan universiti di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok. Yang menjadi persoalannya ialah sejauh manakah peraturan ini dilaksanakan dan memberi kesan positif dalam masalah merokok di kalangan pelajar ?
Jika masalah ini tidak dibendung, kadar merokok di kalangan pelajar akan terus meningkat dari setahun ke setahun. Jika dilihat kepada kesan merokok ini pula, ianya banyak memberi kesan sama ada kepada diri dan keperibadian pelajar itu sendiri ataupun kepada orang lain. Contohnya, penagihan dadah bermula dari merokok.

Selain daripada itu, merokok juga boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang membahayakan seperti sakit jantung, kanser paru-paru, barah dan sebagainya. Menurut kajian doktor, orang yang kuat merokok akan mati lebih cepat daripada orang yang tidak merokok.  Di samping itu, merokok juga boleh menjejaskan akal (mental) manusia dan proses kematangannya. Dengan kata lain, ianya merosakkan kecerdasan (kecerdikan) dan perkembangan akal menuju kematangan dan kesempurnaannya (sebagai makhluk yang boleh berfikir) serta melemahkan daya ingatan seseorang.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Masalah disiplin seperti ponteng kelas, merosakkan harta benda universiti, merokok dan sebagainya di kalangan pelajar berada di tahap yang membimbangkan. Merokok misalnya, walaupun ianya nampak kecil tetapi jika tidak dibendung akan memberi kesan negatif yang besar. Masalah penagihan dadah adalah berpunca daripada kecenderungan merokok. Pada peringkat awal mereka berjinak-jinak dengan menghisap rokok dan akhirnya mereka akan mudah terjebak dengan masalah penagihan dadah. Menteri Kesihatan pernah menyatakan bahawa tabiat merokok adalah satu punca yang menyebabkan penagihan dadah. Ini selaras dengan kajian yang telah dilakukan oleh agensi Pasukan Petugas Anti-Dadah, yang mendapati lebih 90 peratus penagih dadah yang menjalani pemulihan terdiri daripada perokok. Untuk membendung masalah ini, kita perlu mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan para pelajar mudah terpengaruh dengan budaya merokok ini yang boleh dikatakan menjadi trend masa kini.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam menjalankan sesuatu kajian, objektif kajian haruslah diberi perhatian memandangkan ia berfungsi sebagai satu rangka rujuk bagi memastikan pelaksanaan kajian berjalan dengan lancar dan sistematik. Justeru itu, beberapa objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini iaitu: 

1.4.1 Mengenalpasti adakah faktor keluarga yang mendorong pelajar universiti untuk merokok.
1.4.2 Mengenalpasti adakah pelajar universiti ini merokok kerana pengaruh rakan sebaya.
1.4.3 Mengenalpasti adakah faktor diri sendiri yang mendorong pelajar universiti merokok.


METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan metodologi kajian yang menyentuh mengenai reka bentuk kajian, proses pemilihan peserta kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data, prosedur menganalisis data serta kesahan dan kebolehpercayaan.

3.2 REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan proses pengutipan data dilakukan melalui teknik temu bual. Dalam kajian ini, temu bual adalah satu-satunya cara yang telah digunakan untuk proses pengutipan data bagi menentukan faktor-faktor amalan merokok di kalangan pelajar. Kajian kualitatif dengan teknik temu bual mampu memberikan satu kerangka kerja di mana responden dapat meluahkan pemahaman serta pengetahuan mereka mengikut cara mereka sendiri.

Selain itu, data juga diperolehi melalui kaedah pemerhatian dan analisis dokumen. Melalui kaedah pemerhatian, data diperolehi hasil daripada pemerhatian tentang bagaimana ‘body language’ yang ditunjukkan oleh respon kajian. Disamping itu, nada komunikasi yang digunakan juga dapat mentafsirkan pelbagai maksud. Manakala pemerolehan data melalui analisis dokumen pula bermaksud data-data dikumpulkan melalui rekod-rekod yang diperolehi daripada pensyarah disiplin di universiti dan pensyarah kaunseling universiti. Semua kaedah ini juga digunakan untuk menganalisis data bagi kajian kualitatif ini.

3.3 TEMPAT KAJIAN

Kajian ini dijalankan di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia,Parit Raja,Batu Pahat, Johor. Lokasi ini dipilih kerana pengkaji merupakan pelajar universiti berkenaan dan ini memudahkan pengkaji untuk mendapat respon dalam masa yang singkat. Begitu juga dengan pihak pentadbir, oleh kerana universiti ini merupakan tempat pengajian yang sering membuat penyelidikan. Dengan ini, ia telah memudahkan urusan untuk mendapatkan kebenaran menjalankan kajian.
3.4 SAMPEL KAJIAN

Bagi tujuan kajian ini, sampel kajian adalah terdiri daripada beberapa pelajar uiversiti. Pelajar ini dipilih kerana, rasionalnya sampel ini akan dapat memberi kerjasama yang baik dengan member maklumat yang dikehendaki dengan jujur. Mereka juga bersetuju dan relahati untuk dijadikan sampel oleh pengkaji.

3.5 KUTIPAN DATA

Bagi kajian ini data dikutip melalui kaedah temubual dengan responden selama lebih kurang 45 minit dan dirakamkan dengan menggunakan kamera video.. Temubual ini dijalankan di kawasan university yang jauh dari tumpuan pelajar lain seperti di perpustakaan supaya mereka berada dalam keadaan selesa dan jauh dari gangguan pelajar lain. Responden akan ditanya pelbagai soalan yang berkaitan dengan merokok berdasarkan soalan terbuka. Kaedah temubual ini digunakan kerana pengkaji merasakan temubual sahajalah pengkaji dapat mendekati responden dan mendapatkan maklumat yang tidak boleh membaca dan kurang baik untuk menulis.

Disamping itu pengkaji juga dapat melihat secara jelas ekspresi muka , intonasi suara dan memek muka responden yang mana semua ini dapat menjelaskan apa yang disampaikan oleh responden.


3.6 DATA ANALISIS 

Video rakaman temubual akan dimainkan semula, untuk membuat proses penulisan transkip. Selepas itu, maklumat ini akan dikoding mengikut isi penting yang dinyatakan oleh responden. Seterusnya, pengkaji akan memecahkan pula kepada beberapa tema yang berkaitan berdasarkan persoalan kajian yang dibuat. Akhirnya setelah dipecahkan, bolehlah dianalisis bagi setiap tema yang dibuat dan dikukuhkan pula oleh kajian lepas yang berkaitan. Bagi emastikan kesahan dan keboleh percayaan, semua data yang diperolehi dikembalikan semula kepada responden untuk menyemak semula maklumat yang di berikan.

5.6 CADANGAN KAJIAN
Kajian ini yang bertujuan untuk mementukan faktor yang mendorong pelajar university merokok supaya sesuatu langkah dan tindakan boleh diambil untuk mengatasi atau mencegahnya daripada terus berkembang. Gejala ini kalau dibiarkan ia akan menjadi duri dalam daging kepada pihak universiti, masyarakat dan Negara. Sebagaimana kita tahu, kebanyakan penagih dadah adalah berpunca dari amalan merokok diperingkat remaja.

Kajian seperti ini perlu dijalankan keatas sampel yang lebih besar agar mendapat input yang lebih baik dan berkesan. Seharusnya kajian ini juga berterusan keatas sampel yang sama supaya dapat melihat perkembangannya sebagai pedoman kepada semua. Mungkin akan berlaku perubahan apabila mereka meningkat umur kematangannya.
Keputusan kajian dapatan diharapkan dapat dilanjtkan. Begitu juga hasil kajian ini dapat memberi cadangan kepada pihak universiti agar :

1. Penerangan untuk kesedaran bahaya merokok perlu dipergiatkan lagi supaya pelajar merasakan merokok adalah satu perbuatan yang hina dan keji yang merosakkan diri sendiri.
2. Hubungan pihak universiti dan keluarga serta masyarakat perlu lebih erat supaya dapat berganding bahu membanteras amalan merokok ini dari terus menjadi penyakit dalam masyarakat.
3. Program motivasi perlu dipergiatkan supaya pelajar yang terabai atau yang terjebak akan merasakan kekuatan untuk kembali ke pangkal jalan.

5.7 KESIMPULAN

Daripada kajian yang dijalankan, saya telah mendapat maklumat tentang amalan merokok dikalangan pelajar universiti yang disebabkan oleh faktor diri sendiri, keluarga dan rakan sebaya. Dengan dapatan ini diharapkan ia boleh menjadi panduan kepada pihak university terutamanya kaunselor untuk membasimi amalan yang kurang baik ini. Diharapkan kajian ini memberi manfaat kepada pihak universiti, keluarga, masyarakat dan Negara.


6.0 KESIMPULAN
Kegiatan merokok di kalangan remaja merupakan masalah serius yang wujud di semua tempat tidak kira di universiti, rumah atau di mana-mana. Amalan ini berkait rapat dengan perkembangan masalah social dan jenayah dalam Negara. Jika perkara akar umbi ini tidak dibanteras segera, dibimbangi suatu hari nanti ia menjadi barah yang tidak dapat diuabati lagi. Jika perkara ini berlaku ia bukan sahaja memeberi kesan kepada diri pelajar itu sahaja tetapi ia menjejas kan semua. Negara akan menjadi mundur kerana rakyatnya yang asyik leka dan lalai dalam keseronokan berpanjangan tanpa melihat kemajuan yang telah dicapai oleh Negara lain. 

Peranan pensyarah kaunseling disemua universiti harus digunakan secara optima tidak boleh dibiarkan sehingga sudah jadi sebati dalam diri pelajar kerana buruk akibatnya nanti. Mencegah adalah lebih baik dari merawat, oleh itu ia harus dimulakan segera tanpa perlu digerakkan oleh pihak atasan. Inisiatif setiap orang perlu supaya perkara ini tidak menjadi lebih serius.

Semua pihak harus berganding bahu untuk menangani masalah ini bersama-sama. Semoga suatu hari nanti Negara kita akan menjadi contoh sebagai sebuah Negara yang sihat tanpa rokok. 


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook