rama-rama

Tuesday 10 January 2012

My new assngmnt


1.1 PENDAHULUAN

UTHM adalah satu institusi yang terletak di Parit Raja, Batu Pahat. Pelajar universiti merupakan satu kumpulan remaja yang berada di tahap umur antara 19 tahun keatas. Pada tahap umur ini, mereka biasanya akan melakukan apa sahaja dengan tujuan untuk mencuba atau meneroka sesuatu yang baru. Contohnya merokok. Biasanya, golongan ini sudah mula belajar merokok ketika di bangku sekolah lagi. Terdapat banyak faktor yang mendorong mereka cenderung untuk merokok. Sebenarnya, tembakau yang terdapat dalam rokok itu merupakan sejenis dadah iaitu nikotin. Justeru itu, penghisap rokok dikenali juga sebagai penagih nikotin. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenalpasti bahawa dadah nikotin merupakan bahan utama dalam tembakau yang boleh menyebabkan ketagihan. Dalam daun tembakau, terdapat satu hingga tiga peratus nikotin.

Dari sudut psikologi, masa remaja adalah peringkat usia yang amat kompleks di mana individu baik lelaki atau perempuan mengalami pelbagai jenis masalah seperti perubahan fizikal, perubahan pada emosi, perubahan pada kognitif, tanggapan terhadap diri sendiri (penghargaan diri), mengalami krisis identiti, mengalami konflik autonomi dan ragu-ragu pada memulakan perkara--perkara baru dalam hidup. Mungkin ada sesetengah pihak yang merasakan bahawa merokok ini seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan negatif kepada perokok atau orang lain memandangkan di mana sahaja kita boleh lihat individu yang merokok walaupun sudah jelas terdapat papan tanda larangan merokok di kawasan tersebut. Jika dilihat dalam konteks pelajar, perbuatan merokok ini banyak berkait rapat dengan disiplin, tingkah laku, kesihatan, dan sebagainya. Memandangkan para remaja merupakan generasi pelapis yang akan menggantikan tampuk pimpinan hari ini serta memakmurkan Negara, maka mereka perlulah menghindarkan diri daripada perbuatan negatif bermula dari peringkat awal lagi.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Tidak dapat dinafikan bahawa merokok mengikut pendapat penghisapnya boleh memberi faedah kepada mereka di mana ianya akan memberikan ketenangan kepada perokok dalam tempoh masa tertentu. Selain itu, ia juga boleh menghilangkan rasa mengantuk dan penat baik menyenangkan melakukan sesuatu kerja dan sebagainya. Terdapat juga kesan buruk yang diperoleh perokok seperti ditimpa pelbagai penyakit seperti sakit jantung, kanser paru-paru, barah, serta boleh membazirkan wang ringgit. Sebenarnya perokok-perokok ini bukannya tidak mengetahui kesan buruk yang akan dialami oleh mereka tetapi disebabkan ketagihan serta hanya melihat kepada kebaikannya sahaja maka mereka tidak memikirkan langsung kesan buruk yang akan membahayakan diri mereka serta orang lain.

Jika dilihat kepada kesan daripada tabiat merokok ini, ianya lebih banyak memberi kemudharatan daripada kebaikan. Islam menyuruh umatnya meningggalkan perkara-perkara yang membawa keburukan kepada diri sendiri dan orang lain.

Allah SWT juga melarang hambanya makan atau minum sesuatu yang tidak halal dan tidak memberi manfaat kepada diri. Begitulah juga dengan rokok yang mana ianya boleh mengancam agama Islam itu sendiri, keselamatan, moral, ekonomi dan lain-lain kerana ianya merupakan suatu ciri kesyaitanan yang boleh menjauhkan diri kita daripada Allah SWT dan mengheret kita ke lembah kebinasaan. 

Selain daripada memberikan kesan buruk kepada kesihatan, ia juga boleh meruntuhkan akhlak dan sikap seseorang terutama di kalangan para muda mudi kerana pada usia beginilah mereka mudah terpengaruh dengan amalan merokok. Contohnya, seorang remaja yang terlalu berkehendakkan rokok tetapi tidak di perolehnya, maka dia sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk mendapatkan rokok bagi memuaskan keinginan mereka. Perkara-perkara sebeginilah yang menyebabkan berlakunya pelbagai kes-kes disiplin dan jenayah yang kini berada pada tahap yang membimbangkan seperti mencuri, memeras ugut, ponteng sekolah, melepak, menagih dadah dan sebagainya.

Para remaja dalam konteks pelajar universiti lebih mudah melakukan perbuatan-perbuatan yang salah dan melanggar etika dan peraturan. Hal ini kerana pada usia ini, mereka lebih suka untuk melakukan apa sahaja kerana didorong oleh perasaan ingin tahu, bebas tanpa sebarang halangan dan kongkongan daripada mana-¬mana pihak seperti ibu bapa dan pihak universiti. Pada usia ini juga, mereka mudah terpengaruh dengan amalan-amalan negatif yang tidak sepatutnya dilakukan oleh golongan remaja kerana terikut-ikut dengan trend masa kini dan juga pengaruh rakan sebaya. Seperti kebiasaan orang mengatakan “Apa yang ditegah itulah yang suka dilakukan”. Contohnya, amalan merokok di kalangan remaja di universiti yang telah menjadi trend dan kebiasaan di era globalisasi ini.

Pada masa kini, amalan merokok di kalangan pelajar university begitu membimbangkan. Tidak dinafikan telah banyak usaha yang dilakukan oleh pihak yang terbabit seperti pihak universiti dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) namun ianya masih tetap berlaku. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah menjadikan bangunan dan kawasan universiti di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok. Yang menjadi persoalannya ialah sejauh manakah peraturan ini dilaksanakan dan memberi kesan positif dalam masalah merokok di kalangan pelajar ?
Jika masalah ini tidak dibendung, kadar merokok di kalangan pelajar akan terus meningkat dari setahun ke setahun. Jika dilihat kepada kesan merokok ini pula, ianya banyak memberi kesan sama ada kepada diri dan keperibadian pelajar itu sendiri ataupun kepada orang lain. Contohnya, penagihan dadah bermula dari merokok.

Selain daripada itu, merokok juga boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang membahayakan seperti sakit jantung, kanser paru-paru, barah dan sebagainya. Menurut kajian doktor, orang yang kuat merokok akan mati lebih cepat daripada orang yang tidak merokok.  Di samping itu, merokok juga boleh menjejaskan akal (mental) manusia dan proses kematangannya. Dengan kata lain, ianya merosakkan kecerdasan (kecerdikan) dan perkembangan akal menuju kematangan dan kesempurnaannya (sebagai makhluk yang boleh berfikir) serta melemahkan daya ingatan seseorang.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Masalah disiplin seperti ponteng kelas, merosakkan harta benda universiti, merokok dan sebagainya di kalangan pelajar berada di tahap yang membimbangkan. Merokok misalnya, walaupun ianya nampak kecil tetapi jika tidak dibendung akan memberi kesan negatif yang besar. Masalah penagihan dadah adalah berpunca daripada kecenderungan merokok. Pada peringkat awal mereka berjinak-jinak dengan menghisap rokok dan akhirnya mereka akan mudah terjebak dengan masalah penagihan dadah. Menteri Kesihatan pernah menyatakan bahawa tabiat merokok adalah satu punca yang menyebabkan penagihan dadah. Ini selaras dengan kajian yang telah dilakukan oleh agensi Pasukan Petugas Anti-Dadah, yang mendapati lebih 90 peratus penagih dadah yang menjalani pemulihan terdiri daripada perokok. Untuk membendung masalah ini, kita perlu mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan para pelajar mudah terpengaruh dengan budaya merokok ini yang boleh dikatakan menjadi trend masa kini.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam menjalankan sesuatu kajian, objektif kajian haruslah diberi perhatian memandangkan ia berfungsi sebagai satu rangka rujuk bagi memastikan pelaksanaan kajian berjalan dengan lancar dan sistematik. Justeru itu, beberapa objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini iaitu: 

1.4.1 Mengenalpasti adakah faktor keluarga yang mendorong pelajar universiti untuk merokok.
1.4.2 Mengenalpasti adakah pelajar universiti ini merokok kerana pengaruh rakan sebaya.
1.4.3 Mengenalpasti adakah faktor diri sendiri yang mendorong pelajar universiti merokok.


METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan metodologi kajian yang menyentuh mengenai reka bentuk kajian, proses pemilihan peserta kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data, prosedur menganalisis data serta kesahan dan kebolehpercayaan.

3.2 REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan proses pengutipan data dilakukan melalui teknik temu bual. Dalam kajian ini, temu bual adalah satu-satunya cara yang telah digunakan untuk proses pengutipan data bagi menentukan faktor-faktor amalan merokok di kalangan pelajar. Kajian kualitatif dengan teknik temu bual mampu memberikan satu kerangka kerja di mana responden dapat meluahkan pemahaman serta pengetahuan mereka mengikut cara mereka sendiri.

Selain itu, data juga diperolehi melalui kaedah pemerhatian dan analisis dokumen. Melalui kaedah pemerhatian, data diperolehi hasil daripada pemerhatian tentang bagaimana ‘body language’ yang ditunjukkan oleh respon kajian. Disamping itu, nada komunikasi yang digunakan juga dapat mentafsirkan pelbagai maksud. Manakala pemerolehan data melalui analisis dokumen pula bermaksud data-data dikumpulkan melalui rekod-rekod yang diperolehi daripada pensyarah disiplin di universiti dan pensyarah kaunseling universiti. Semua kaedah ini juga digunakan untuk menganalisis data bagi kajian kualitatif ini.

3.3 TEMPAT KAJIAN

Kajian ini dijalankan di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia,Parit Raja,Batu Pahat, Johor. Lokasi ini dipilih kerana pengkaji merupakan pelajar universiti berkenaan dan ini memudahkan pengkaji untuk mendapat respon dalam masa yang singkat. Begitu juga dengan pihak pentadbir, oleh kerana universiti ini merupakan tempat pengajian yang sering membuat penyelidikan. Dengan ini, ia telah memudahkan urusan untuk mendapatkan kebenaran menjalankan kajian.
3.4 SAMPEL KAJIAN

Bagi tujuan kajian ini, sampel kajian adalah terdiri daripada beberapa pelajar uiversiti. Pelajar ini dipilih kerana, rasionalnya sampel ini akan dapat memberi kerjasama yang baik dengan member maklumat yang dikehendaki dengan jujur. Mereka juga bersetuju dan relahati untuk dijadikan sampel oleh pengkaji.

3.5 KUTIPAN DATA

Bagi kajian ini data dikutip melalui kaedah temubual dengan responden selama lebih kurang 45 minit dan dirakamkan dengan menggunakan kamera video.. Temubual ini dijalankan di kawasan university yang jauh dari tumpuan pelajar lain seperti di perpustakaan supaya mereka berada dalam keadaan selesa dan jauh dari gangguan pelajar lain. Responden akan ditanya pelbagai soalan yang berkaitan dengan merokok berdasarkan soalan terbuka. Kaedah temubual ini digunakan kerana pengkaji merasakan temubual sahajalah pengkaji dapat mendekati responden dan mendapatkan maklumat yang tidak boleh membaca dan kurang baik untuk menulis.

Disamping itu pengkaji juga dapat melihat secara jelas ekspresi muka , intonasi suara dan memek muka responden yang mana semua ini dapat menjelaskan apa yang disampaikan oleh responden.


3.6 DATA ANALISIS 

Video rakaman temubual akan dimainkan semula, untuk membuat proses penulisan transkip. Selepas itu, maklumat ini akan dikoding mengikut isi penting yang dinyatakan oleh responden. Seterusnya, pengkaji akan memecahkan pula kepada beberapa tema yang berkaitan berdasarkan persoalan kajian yang dibuat. Akhirnya setelah dipecahkan, bolehlah dianalisis bagi setiap tema yang dibuat dan dikukuhkan pula oleh kajian lepas yang berkaitan. Bagi emastikan kesahan dan keboleh percayaan, semua data yang diperolehi dikembalikan semula kepada responden untuk menyemak semula maklumat yang di berikan.

5.6 CADANGAN KAJIAN
Kajian ini yang bertujuan untuk mementukan faktor yang mendorong pelajar university merokok supaya sesuatu langkah dan tindakan boleh diambil untuk mengatasi atau mencegahnya daripada terus berkembang. Gejala ini kalau dibiarkan ia akan menjadi duri dalam daging kepada pihak universiti, masyarakat dan Negara. Sebagaimana kita tahu, kebanyakan penagih dadah adalah berpunca dari amalan merokok diperingkat remaja.

Kajian seperti ini perlu dijalankan keatas sampel yang lebih besar agar mendapat input yang lebih baik dan berkesan. Seharusnya kajian ini juga berterusan keatas sampel yang sama supaya dapat melihat perkembangannya sebagai pedoman kepada semua. Mungkin akan berlaku perubahan apabila mereka meningkat umur kematangannya.
Keputusan kajian dapatan diharapkan dapat dilanjtkan. Begitu juga hasil kajian ini dapat memberi cadangan kepada pihak universiti agar :

1. Penerangan untuk kesedaran bahaya merokok perlu dipergiatkan lagi supaya pelajar merasakan merokok adalah satu perbuatan yang hina dan keji yang merosakkan diri sendiri.
2. Hubungan pihak universiti dan keluarga serta masyarakat perlu lebih erat supaya dapat berganding bahu membanteras amalan merokok ini dari terus menjadi penyakit dalam masyarakat.
3. Program motivasi perlu dipergiatkan supaya pelajar yang terabai atau yang terjebak akan merasakan kekuatan untuk kembali ke pangkal jalan.

5.7 KESIMPULAN

Daripada kajian yang dijalankan, saya telah mendapat maklumat tentang amalan merokok dikalangan pelajar universiti yang disebabkan oleh faktor diri sendiri, keluarga dan rakan sebaya. Dengan dapatan ini diharapkan ia boleh menjadi panduan kepada pihak university terutamanya kaunselor untuk membasimi amalan yang kurang baik ini. Diharapkan kajian ini memberi manfaat kepada pihak universiti, keluarga, masyarakat dan Negara.


6.0 KESIMPULAN
Kegiatan merokok di kalangan remaja merupakan masalah serius yang wujud di semua tempat tidak kira di universiti, rumah atau di mana-mana. Amalan ini berkait rapat dengan perkembangan masalah social dan jenayah dalam Negara. Jika perkara akar umbi ini tidak dibanteras segera, dibimbangi suatu hari nanti ia menjadi barah yang tidak dapat diuabati lagi. Jika perkara ini berlaku ia bukan sahaja memeberi kesan kepada diri pelajar itu sahaja tetapi ia menjejas kan semua. Negara akan menjadi mundur kerana rakyatnya yang asyik leka dan lalai dalam keseronokan berpanjangan tanpa melihat kemajuan yang telah dicapai oleh Negara lain. 

Peranan pensyarah kaunseling disemua universiti harus digunakan secara optima tidak boleh dibiarkan sehingga sudah jadi sebati dalam diri pelajar kerana buruk akibatnya nanti. Mencegah adalah lebih baik dari merawat, oleh itu ia harus dimulakan segera tanpa perlu digerakkan oleh pihak atasan. Inisiatif setiap orang perlu supaya perkara ini tidak menjadi lebih serius.

Semua pihak harus berganding bahu untuk menangani masalah ini bersama-sama. Semoga suatu hari nanti Negara kita akan menjadi contoh sebagai sebuah Negara yang sihat tanpa rokok. 


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

No comments:

Post a Comment