Penangan Gila Bayang
Jatuh cinta boleh buat kamu jadi tidak menentu…Kerana fikiranmu sedikit terganggu dan terasa resah selalu. Apakah ini dinamakan cinta atau penangan gila bayang yang tidak berkesudahan.
Ramai pendapat, gila bayang atau sikap tergila-gilakan seseorang adalah satu cara untuk membuktikan rasa cinta. Ini terjadi apabila ada individu yang mencari mangsa untuk dicintai atau “memaksa” mangsa tuk jatuh cinta dengannya. Jika sudah terjebak dalam situasi begini, amat sukar untuk kamu bebas daripada penangan gila bayang.
Menurut pengarang buku Why We Love : The Nature and Chemistry of Romantic Love, by Helen Fisher yang pernah sy baca…buku tu da menyebut ‘ kala dilamun cinta, tubuh manusia akan mengeluarkan sejenis kimia pengubah mood yang boleh mengganggu mood yang boleh menggangu fungsi otak di bahagian yang berfungsi mengendalikan pemikiran rasional seseorang.
Tape kenapa kita jadi gila bayang..???
Gila bayang dicetuskan oleh satu perasaan ghairah terhadap seseorang. Seterusnya perasaan itu berkembang dlam diri sehingga fikiran kamu dikuasai sepenuhnya. Mungkin kamu terbawa-bawa dengan perasaan sangat gembira hinggalah satu perkara kecil yang berlaku antara kamu sudah dianggap hebat oleh dirimu. Keinginanmu yang mendalam terhadap si dia boleh melukakan hati. Kerana petanda kecil seperti senyuman, kerlingan mata dan kata-katanya hanya akan meransang rasa ghairah kamu.
Ada kalanya, sikap gila bayang yang melampau mendorong kepada keinginan seksual. Ini adalah sisi gelap dalam bercinta,obsesi yang mana ia bakal membinasakan perhubungan. Jika tidak dikawal, perasaan itu boleh menyebabkan kecelaruan psikologi.
Cinta VS Gila Bayang.
Apa bezanya bercinta dengan gila bayang ??? perasaan cinta hanya boleh disemai antara dua insan yang saling mengambil berat antara satu sama lain. Sekali gus dapat mengeratkan perhubugan. Tetapi, kamu boleh gila bayang dengan seseorang yang kamu kurang mengenalinya.. Mungkin juga dengan seseorang yang kamu sendiri tidak pernah bercakap atau sekadar memandangnya dari jaoh. Dalam banyak kes,individu yang kamu tergila-gilakan berkemugkinan besar tidak menyukai kamu.
Kamu juga boleh gila bayang dengan perasaanmu, namun ini menyebabkan kamu ‘ buta’ terhadap segala sikap negative yang dimilikinya. Apabila kamu menyintai seseorang, kamu mahukan yang terbaik buat si dia. Sebaliknya jika kamu tergila-gilakan si dia, kamu mahu yang terbaik untuk diri kamu sendiri juga.
Cinta, kurang lebih adalah sikap pentingkan diri sendiri atau curahan emosi lebih matang berbanding dengan bersikap mabuk kepayang. Perasaan gila bayang yang mungkin mendalam mungkin juga boleh menyemaikan rasa cinta jika kena dengan caranya. Malah menjadi asas terbaik supaya cinta itu bertahan lama asalkan kamu ada dan disukai oleh pasangan.
Pun begitu, ada kalanya hubugan sebegini berakhir dengan perpisahan yang menyakitkan. Ini kerana kamu tahu si dia tidak ikhlas dalam menjalinkan hubugan dan hanya berpura-pura untuk mengembirakan hati kamu. Misalnya, kamu jatuh cinta dengannya kerana dia nampak hebat dan sempurna, tetapi selepas tempoh gila bayang berlalu barulah kamu sedar yang si dia bersikap terlalu bossy atau mungkin kamu meminati penampilannya yang segak dan sikapnya yang gentlemen, namun akhirnya terpaksa mengakui bahawa sebenarnya si dia begitu obsess dengan gaya dandanan rambutnya dan sikap gentlemen nya itu adalah palsu, dikaburi oleh sikap gila bayang kamu itu.
Realiti atau illusi??
Gila bayang tetap berlaku dan ini akan diselubungi oleh beberapa perkara yang tidak realistic. Ia adalah satu bentuk harapan yang tidak nyata, mungkin boleh menyebabkab rasa kecewa. Ini membuktikan bahawa situasi gila bayang adalah hasil daripada idea yang kurang bijak dan akan berakhir dengan keperitan.
Buat timbang-tara bagi yang bijaksana untuk mengenalpasti cinta yang memekar di jiwa kamu itu realiti ataupun illusi. Kerana belum tentu individu yang kamu tergila-gilakan itu mempunyai perasaaan yang sama atau tidak seperti yang kamu rasa. Malah, si dia mugkin tidak tahu pun akan kewujudan kamu. Jadi , selama ini kamu hanya syok sendiri.
Dengan melihat kes tertentu, kita dapat belajar dengan lebih mendalam tentang latar belakang dan misteri penagan gila bayang. Memang menarik untuk dibincangkan.
Pakar psikologi berpendapat bahawa perasaan gila bayang dicetuskan oleh penampilan fizikal seseorang. Kita tertarik dengan gayanya, lalu berangan-angan untuk memiliki jejaka bertuah itu. Penampilan fizikal bukan lah faktor utama yang boleh membuatkan kita berasa gila bayang terhadap seseorang. Kadang kala kita tertarik dengan perkara-perkara tertentu contohnya : sikapnya yang memahami, baik hati dan jujur. Namun ada kes dimana kita tidak tahu pun tentang karakter individu yang kita tergila-gilakan. Cume kemungkinan kita bayangkan personaliti yang mampu menarik minat dalam imaginasi bagi menyedapkan hati sendiri.
Besar kemungkinan, situasi gila bayang berlaku apabila kita terlalu mengharapkan seseorang yang terlalu sempurna dengan membayangkan kualiti yang sememangnya tidak ada pada kita. Atau, ia sekadar mengingatkan kita pada seseorang yang pernah bertahta di hati ataupun seseorang yang begitu bermakna dalam hidup kita. Apa jua telatah kita, pasti ada kemungkinan. Tepuk dada tnyalah selera…






kemane kau mghilangkan diri wahai komen..hahaha
ReplyDeleteda msuk da pon komen kamu tu la...hahahah
ReplyDelete